Saturday, July 9, 2011

finally dapat jugak aku abiskan novel....

assalamualaikum kepada semua.....
ari ni berjaya jugak aku abiskan novel tuu...memang novel tu bes giler...ade scene yang romantik, lucu, sedih and  happy...memang perfect la novel tu...novel yang aku maksudkan ni ialah novel dibius cinta...kalau korang nak tau camner sinopsis dye korang bace je la...



“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”
Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?



best kan citer ni???korang takkan rugi punyer kalau beli...takpe la..aku nak kuar cari makan..bubye..